Apa itu penyakit kencing manis?


Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus (DM) , merupakan penyakit apabila tahap gula dalam darah melebihi daripada paras normal. Penyakit kencing manis terbahagi kepada 3 jenis :


1. jenis pertama ( type 1) : kebiasaanya pesakit yang menghidap jenis pertama terdiri daripada kanak-kanak dan jenis pertama ini merupakan penyakit auto-immune di mana sistem pertahanan badan menyerang organ pancrease ( organ yang memastikan tahap gula dalam normal ), hal ini menyebabkan insulin ( sejenis hormon yang dihasilkan oleh pancrease ) tidak dapat menjalankan tugasnya. Penyakit ini datang secara tiba-tiba. Jika dilihat dari segi fizikal tubuh si pesakit, mereka kelihatan kurus, tidak bermaya, selalu cepat penat. Mereka juga mengadu selalu haus, selalu lapar, dan kerap membuang air kecil. Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin, akan membawa kepada kematian. Selalunya, doktor akan memberikan insulin sebagai rawatan. Selain daripada insulin, pesakit juga kena menjaga pemakanan dan sekali sekala untuk bersenam. Jika ini semua diikuti, pesakit boleh mengharungi hari-hari dalam keadaan normal seperti orang lain. Cuma ingin dingatkan, pastikan insulin yang dibekalkan diambil seperti mana yang diberitahu doktor.


2. jenis kedua ( type 2 ) : berbeza dengan jenis pertama, pesakit kebanyakannya tergolong daripada orang dewasa yang lebih 40 tahun. keadaan tubuh fizikal juga besar. Malah mereka sering kali dikaitkan dengan berat yang berlebihan dan mempunyai ahli keluarga menghidapi masalah yang sama. Penyakit ini datang perlahan-lahan, oleh sebab itu, doktor akan mengarahkan pesakit untuk memeriksa mata sejurus disahkan menghidap penyakit ini untuk memastikan pesakit tidak mengalami komplikasi mata yang boleh menyebabkan buta. Untuk jenis kedua, pesakit mengalami masalah untuk menggunakan insulin yang dihasilkan oleh pancrease meskipun dihasilkan dalam mencukupi. Sebilangan pesakit berkemungkinan hanya dapat menghasilkan insulin separuh daripada normal atau kedua-duanya sekali. Penyakit ini boleh dikawal dengan ubat, bersenam dan menjaga pemakanan sama seperti jenis pertama, bezanya, ubat yang dibagi untuk jenis kedua pada mulanya, adalah ubat yang meningkat kepenggunaan insulin kepada tubuh atau meningkatkan hasilnya, jika tidak berjaya, barulah digunakan insulin. 



Kedua-dua, jenis pertama dan jenis kedua kencing manis, malangnya akan bertambah teruk mengikut masa. Yang membezakannya adalah jangka masa antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain. Ini bergantung kepada ubat, senaman, dan pengambilan makanan. Penyakit ( jenis satu dan dua ) meningkatkan risiko kepada, sakit jantung, stroke, menurukan sistem pertahanan badan, menganggu sistem saraf, dan boleh mengakibatkan buta. Oleh itu, jagalah pemakanan, ambil lah ubat pada waktunya, dan bersenamlah sekali sekala.

3. jenis ketiga ( Gestational diabetes ) : Jenis ketiga ini berlaku terhadap perempuan yang mengandung. Kebiasannya, mereka disahkan menghidap kencing manis pada akhir-akhir bulan mengandung. Bahayanya, akan menyebakan proses beranak akan menjadi lama, berkemungkinan babi mati dalam kandungan, babi besar daripada normal hingga perlunya kepada pembedahan, malah beberapa babi mengalami kecatatan anggota ( dalam peratusan kecil ). Malah, meningkatkan risiko kepada ibu menghidap penyakit kencing manis kronik. Oleh sebab itu, rutin pemeriksaan ibu mengandung adalah penting untuk mengenal pasti awal penyakit ini.  


Terdapat juga jenis-jenis lain kencing manis, namun jarang didapati. 3 jenis yang disebutkan sebelum ini, adalah yang selalu dijumpai. Kesimpulannya, hiduplah dengan gaya sihat, peace. 
Apa itu penyakit kencing manis? Apa itu penyakit kencing manis? Reviewed by Abdul Mukmin on 07:19 Rating: 5
Theme images by Storman. Powered by Blogger.