Perbezaaan insuran takaful dan konvensional


Insuran, tidak kisah la takaful ataupun konvensional, kedua-duanya merupakan satu alternatif pertolongan jika berlaku musibah. Ini merupakan pelaburan dalam satu tempoh, di mana dalam tempoh masa itu, jika berlaku sesuatu, maka kita tidak pening untuk mencari bantuan daripada orang lain. Meskipun bantuan yang diberikan itu tertakluk kepada pelan atau produk yang diambil ketika pembelian. 



Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mengambil insuran semakin meningkat. Pada tahun 2015, 45% rakyat Malaysia memiliki insuran. Ini merupakan satu perubahan positif, lebih-lebih lagi yang melibatkan insuran kesihatan. Dengan faktor jangka hidup rakyat Malaysia semakin meningkat, dengan kos perubatan yang semakin mahal, insuran kesihatan menjadi satu kepentingan. Bagi mereka yang ingin mengambil insuran, tetapi tidak tahu sama ada takaful atau konvensional, di sini saya sertakan perbezaan antara mereka. Hal ini kerana, terdapat perbezaan ketara antara keduanya, lebih-lebih lagi kepada penganut yang beragama Islam, kerana kita perlu mengelak daripada terlibat perkara haram. 



Takaful


1. menggunakan kontrak tabarru` iaitu derma/sumbangan yang disertakan bersama                   
pelaburan. 
2. pemegang polisi mencarum ke dalam skim. Pemegang polisi saling menjamin antara satu     dengan yang lain.
3. pihak syarikat merupakan pengendali risiko
4.  asset dilabur di instrumen yang patuh syari`ah. 
5. wang pencarum tidak dikira wang syarikat, malah diasingkan dan tidak dimilik oleh    
     pengendali.
6. keuntungan hasil pelaburan pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang 
    disumbang oleh syarikat itu sendiri. 
7.  lebihan untung atau pulangan yang dipegang oleh tabung akan dipulangkan kepada 
     pencarum. 
8.  Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar takaful daripada 
     kumpulan wang takaful. 
9. Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wan takaful, pengendali takaful akan 
     menyediakan pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.


Konvensional


1. Kontrak Mu'awadah ( pertukaran jual beli ) antara penanggung insurang dengan pihak insuran
2. Pemegang polisi membayar premium kepada penagung insuran. 
3. Pihak syarikat merupakan penangung risiko.
4. Pelaburan wang bebas tanpa sebarang kekangan syar'ah
5. Wang pelanggan dikira wang syarikat insurang dan dimiliki oleh syarikat sejurus dibayar oleh 
    pelanggan
6. Keuntungan yang dihasilkan daripada wang pencarum dimiliki sepenuhnya oleh syarikat insuran 
    dan ini merupakan objektif utama syarikat insuran.
7.  Pencarum tidak berhak mendapat sebarang bahagian daripada 'surplus'
8.  Penanggung insuran berhak membayar manfaat insuran seperti mana yang dijanjikan daripada 
     asset ( kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham )






Perbezaaan insuran takaful dan konvensional Perbezaaan insuran takaful dan konvensional Reviewed by Unknown on 18:20 Rating: 5

No comments:

Theme images by Storman. Powered by Blogger.