Panduan Lengkap Mengisi Borang SPA8i

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja dengan kerajaan, anda perlulah mengisi borang SPA8i atas talian (online).Anda perlulah mengisi dengan lengkap, jika tidak permohonan anda tidak akan diproses. Di sini saya fokuskan kepada cara mengisi borang spa8i sahaja.


1. Sila klik sini. Lihat kepada pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam, anda akan menjumpai server 1  dan server 2. Klik salah satu server, keluaran paparan seperti berikut :



Kemudian klik pada pautan Daftar Akaun Baru untuk mendapatkan MyID dan kata laluan bagi pemohon yang ingin mendaftar buat pertama kali. Akan keluaran paparan skrin daftar akaun baru. Sila isi semuanya, dan pastikan no kad pengenalan anda betul, dan ingat kata laluan serta soalan keselamatan anda. Soalan keselamatan ( siapakah nama ibu anda, di mana negeri kelahiran anda ) ini penting sekiranya anda terlupa kata laluan, anda perlu menekan pautan Lupa Kata Laluan, maka dua soalan tersebut akan ditanya untuk reset kata laluan anda. Jika tidak berjaya juga, boleh hubungi talian SPA 03-88856000 atau adukan ke sistem e-Pertanyaan.


Selepas anda berjaya mendaftar, akan keluar paparan


Pemohon boleh klik pada pautan Daftar Masuk untuk log masuk kepada MyID dan kata laluan yang telah didaftarkan. Jika MyID dan kata laluan yang dimasukkan adalah betul, paparan ini akan muncul.  




Selepas itu, akan keluar skrin utama SPA8i. Anda boleh menukar kata laluan dan soalan keselamatan pada pautan Profil. Jika tidak ingin menukarnya, boleh klik terus pada pautan Maklumat Pemohon. 
Sila isi semua ruangan yang mempunyai tanda ( * ). Lain-lain ruangan adalah optional untuk diisi. Melainkan ruangan ketinggian, meskipun optional untuk diisi, terdapat pekerjaan yang mewajibkannya untuk diisi. Setelah semua maklumat telah lengkap diisi, klik butang Simpan.


Skrin Utama

Selepas itu, akan keluaran pautan Maklumat Akademik dibawah pautan Maklumat Pemohon. Klik pada pautan Maklumat Akademik, aka tertera paparan skrin seperti di bawah. 


Kemudian klik pada pautan PMR/RRP/LCE. Klik pada ruangan Tahun, pemohon hendaklah mengisi Tahun PMR/SRP/LCE duduki. Akan keluar paparan meminta pemohon meletakkan subjek yang diambil berserta gred yang diperolehi. Jangan lupa untuk mengisi ruangan bertanda ( * ).  JIka subjek diambil melebihi ruangan yang disediakan klik butang Tambah untuk menambah subjek. Selesai diisi semua subjek diambil, tekan butang Simpan. 

Seterusnya klik pada pautan SPM/MCE/SPM(V). Sama seperti sebelum ni, sila klik pada ruangan Tahun, dan pemohon hendaklah mengisi Tahun yang pemohon duduki peperiksaan terbabit.Kemudian pilih Jenis Sijil dan pangkat yang diperolehi. Bagi pemohon yang meduduki SPM melalui sistem terbuka, kosongkan ruangan pangkat. Pemohon juga perlu memilih sama ada lulus atau gagal bagi subjek bahasa malayisa dan kosongkan bagi yang mengikuti sistem SPM terbuka. 

Jika maklumat pemohon wujud di Lembaga Peperiksaan Malaysia, maka pemohon hanya tinggal klik butang Simpan sahaja, jika tidak, pemohon hendaklah meletakkan subjek dan gred yang diperolehi.
Konsep yang sama untuk pautan seterusnya di bawah Maklumat Akademik. Sila isi Maklumat Akademik berdasarkan tahap akademik yang dimiliki oleh pemohon. 


Setelah selesai diisi maklumat Akademik, akan keluar pautan Maklumat ko-kurikulum. Jika pemohon pernah mengikuti apa-apa jenis sukan, persatuan, atau mempunyai pencapaian, silalah isi di ruangan yang disediakan, dan jangan lupa klik Simpan setelah siap diisi. 

Pautan Pegawai Sedang Berkhidmat adalah untuk mereka sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Mereka hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan dan Ringkasan Perkhidmatan Awam dan dibawa ketika di temuduga.  

Maklumat Tambahan

Klik pada pautan Maklumat Tambahan, akan terpapar skrin seperti gambar di atas. Jika pemohon mempunyai bakat dan berkebolehan berbahasa selain bahasa melayu, pemohon boleh mengisi ruang yang disediakan. Setelah selesai, klik Simpan. 

Pautan Bekas Tentera/Polis hanya diisi oleh mereka yang pernah bekerja sebagai polis atau tentera. Begitu juga pautan Penerima Bantuan diisi oleh ibu/bapa/pemohon yang menerima bantuan daripada Bantuan Kebajikan Rakyat/Program Kesejahteraan Rakyat/Program Perumahan Rakyat. Ruang Kurang Upaya bagi mereka tergolong Orang Kurang Upaya sahaja. 

Jika pemohon tiada maklumat tambahan, sila klik pautan Tiada Maklumat Tambahan.

Klik pada pautan Jawatan Dipohon, sub-menu Jawatan SPA  dan sub-menu Jawatan PDRM/Lain. Jawatan yang dipohon adalah bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon. Jadi pemohon hendaklah mengisi dengan betul dan memilih kerjaya yang sesuai dengan kelulusan pemohon. Jangan lupa isi ruangan yang bertanda ( * ) dan klik Simpan.

Klik pautan Pengakuan Pemohon, akan tertera seperti gambar di bawah. 


Sila pastikan semua maklumat pemohon ada betul. Kemudian sila klik pada ruangan petak Saya Setuju, dan  setelah pemohon berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang dipaparkan, Sila KLIK HANTAR, jika tidak, permohonan anda tidak akan diproses. Slip Akuan Pendaftaran akan tertera selepas permohonan anda berjaya diterima. 

Slip Akuan boleh diprint sebagai rujukan pemohon


Untuk menyemak status permohonan, klik pautan Semakan Permohonan.Paparan di bawah akan tertera.


Pemohon boleh menyemak status selepas menekan butang hantar dalam pengakuan pemohon. Di sini tertera jawatan yang dipohon, tarik memohon dan tarikh luput permohonan. ( 1 tahun ). Sekiranya paparan  Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan bermakna tidak ada lagi urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh didaftarkan. Jika paparan Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Suruhanjaya bermakna pemohon tidak melepasi yang disyaratkan oleh SPA. 



Panduan Lengkap Mengisi Borang SPA8i Panduan Lengkap Mengisi Borang SPA8i Reviewed by Unknown on 21:19 Rating: 5

No comments:

Theme images by Storman. Powered by Blogger.